Ahad, 25 Jun 2017

Salam Aidilfitri


تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Taqobbalallahu minna wa minkum.

SALAM AIDIL FITRI 1438H
Maaf zahir dan batin.

Semoga kita terus istiqamah dalam berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Jutawan Sihat
https://www.facebook.com/OhSihatdotcom
IG: ohsihatdotcom

Khamis, 15 Jun 2017

Projek buru pahala lailatul qadar


Lailatul qadar tahun ini dijangka jatuh pada... Maaf, kami bukan ahli peramal.

Nak ajak sahabat sekalian memburu pahala 10 malam terakhir bermula malam ini.

Cadangan; setiap malam beri sumbangan/wakaf RM10 sehingga habis Ramadhan.

InshaAllah mesti kena satu malam di mana pahala derma kita akan peroleh seolah-olah kita derma selama 83 tahun. Pahala sumbangan itu kita tak dapat lihat sekarang, tapi percayalah akan cukup bermanfaat kepada kita di akhirat kelak.

InshaAllah di sini kami menjadi wakil untuk kutipan wakaf Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Darul Hadis dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU). Kedua-duanya sekolah agama yang beroperasi di Pulau Pinang.

SRITI:
RM10/kupon

SRIBU:
Wakaf tanah: RM20/kaki
Wakaf bangunan fasa 2: tiada limit

Sumbangan boleh melalui cash atau bank-in kepada kami. Sekiranya dibank-in kami akan hantar kupon/gambar kepada yang mewakaf.

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Oh Sihat!
Aisyah 019-6954491
Farhan 013-4353789


https://www.facebook.com/OhSihatdotcom
IG: ohsihatdotcom

Rabu, 14 Jun 2017

Mengapa perlukan suplemen?



Kebelakangan ini timbul pertikaian bahawa kita tidak memerlukan suplemen dalam kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang doktor dan doktor tersebut menyatakan bahawa suplemen punca berlakunya kerosakan buah pinggang.

Di sini kami bukanlah orang yang layak untuk meragui kenyataan doktor tersebut. Jadi kami kongsikan artikel yang ditulis oleh seorang doktor juga tentang mengapa kita perlukan suplemen. Kami kongsi artikel ini daripada Facebook Dr. Norman Norawi, seorang pengamal perubatan am dengan 
Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Anti Penuaan, Esthetik & Perubatan Regeneratif


Semoga bermanfaat kepada semua.

PERLUKAH PENGAMBILAN SUPLEMEN SETIAP HARI...

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran. Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Persoalan yang selalu ditanya adalah;

“ Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”

Isnin, 12 Jun 2017

Salam Ramadhan


Ramadhan sudah semakin menghampiri ke fasa-3. Sudahkah kita bersedia mencari malam lailatul qadar, malam yang ganjaran amalannya sebanya 83 tahun kita beribadah.

Semoga Ramdhan tahun ini memberi makna yang terbaik bagi daripada tahun-tahun sebelum ini.

Salam Ramadhan 1438H
Oh Sihat!

Isnin, 2 Januari 2017

Selamat Datang Tahun Baru 2017


Alhamdulillah wa syukrulillah. 

Salam tahun baru 2017 dari kami sekeluarga.

Semoga umur kita terus diberkati dan akan tercapai apa yang kita hajatkan untuk tahun ini.

Dalam apa jua yang kita rancang atau hadapi, sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.