Jumaat, 25 November 2016

KATAraK: Jerebu di mana-mana sahaja


Apa yang akan kita lakukan apabila kaca mata kita berkabut?
Mudahkan. Ambil tisu dan lapkan sahaja cermin kaca mata kita sahaja. Kalau nak lebih jelas kita boleh gunakan pencuci cermin yang dijual di kedai cermin mata atau pakai Basic H.

Bagaimana pula kalau kanta mata kita pula yang berkabut?

Fenomena mata berkabut ini seperti gambar mata di atas kita panggil katarak. Katarak ialah selaput mata pada kanta mata kita yang mengeruhkan pemandangan mata kita.

Kanta mata normal kita selalunya jernih. Mereka yang mengalami katarak akan mengalami masalah kabur penglihatan. Pemandangan mereka seolah-olah dalam keadaan berjerebu.

Jumaat, 18 November 2016

Alzheimer's dan Gosok gigi

Alzheimer's
Alzheimer's selalunya berlaku kepada golongan pertengahan dan veteran
Alzheimer's ialah kemerosotan aktiviti mental yang berlaku pada usia pertengahan atau golongan veteran disebabkan oleh kemerosotan otak.

Penyakit Alzheimer's adalah punca dementia. Dementia ialah satu set gejala kehilangan ingatan dan kesukaran untuk berfikir, menyelesaikan masalah atau berbahasa. Selalunya istilah dementia kita sebut nyanyuk.

Nyanyuk atau dimentia ini bukan satu penyakit yang spesifik. Istilah umum ini digunakan menerangkan menerangkan set gejala yang disebut di atas. 

Pada masa kini, di Malaysia seramai 1.4 daripada 10 orang tua yang berumur 60 tahun ke atas mengalami masalah nyanyuk. Purata meningkat kepada 22.7 peratus di kalangan mereka yang berumur 75 tahun ke atas.

Selasa, 15 November 2016

Daily Essential Health



Nutrien asas yang diperlukan badan.

1. Omega 3
Dalam era yang penuh mencabar, dari bangun pagi hingga ke malam perlu bekerja, kita memerlukan pengaliran darah yang baik dalam badan kita. Itu belum dikira kita sering mengalami tekanan dan sikap kurang peka dengan apa yang dimakan.

Omega 3 membantu memecahkan blok-blok yang menghalang pengaliran darah dalam badan. Bagi mereka yang sering sakit kepala disebabkan banyak berfikir, omega 3 adalah nutrien yang amat diperlukan.

2. Vitamin dan nutrien
Terdapat banyak jenis vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsi-fungsi organ dalam badan. Walau bagaimanapun, tidak semua vitamin dan nutrien ini dapat dihasilkan oleh badan.

Antara fungsi vitamin dan mineral termasuk membantu membaiki tulang, menyembuhkan luka dan meningkatkan sistem imuniti kita. Di samping itu membantu menukar makanan kepada tenaga dan membaiki kerosakan sel.

3. Asid amino
Selain daripada vitamin dan mineral, badan juga memerlukan asid amino. Asid amino ialah unit asas bagi protein. Seperti vitamin dan mineral juga, badan tidak mampu menghasilkan asid amino sendiri tetapi amat diperlukan oleh badan.

Sekiranya badan tidak peroleh asid amino yang mencukupi, protein dalam badan kita akan berpecah yang menyebabkan kehilangan otot dan kita mengalami masalah dalam pembinaan sel dan pembaikan tisu.


Dapatkan kesemua asas nutrien yang diperlukan badan.

Bagi mereka yang tercari-cari suplimen yang sesuai untuk dicuba atau yang baru hendak mencuba produk Shaklee, kami amat menggalakkan set Daily Essential Health.

Set terdiri daripada:

  1. OmegaGuard
  2. Vita-Lea® Iron Formula
  3. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
  4. Sustained Release Vita-C Plus
  5. B-Complex
Harga pasaran: RM547.50

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Jom hidup sihat.

Oh Sihat!
Aisyah 019-6954491
Farhan 013-4353789

https://www.facebook.com/OhSihatdotcom
IG: ohsihatdotcom

Isnin, 7 November 2016

3 Manfaat teh hijau

Teh hijau
Teh hijau
Pernah dengar tentang green tea? Biasa minum air ini?

Green tea atau teh hijau ialah antara minuman yang menyihatkan di muka bumi ini. Sebaiknya minumlah air ini tanpa ditambah gula di dalamnya.

Pernah sekali kami tonton rancangan Dr. Oz. Dalam rancangan tersebut pakar mencadangkan teh hijau kepada mereka yang mengalami masalah diet dan sentiasa mengalami tekanan. 

Perasankah kita teh hijau ini ada dijual di pasaran? Harganya sudah tentu lebih mahal sedikit daripada teh biasa. Namun nilai yang diperolehi sudah tentu melebihi daripada yang kita laburkan.

Ada banyak manfaat teh hijau. Untuk kali ini dikongsikankan 3 manfaat teh hijau untuk pengetahuan kita:

Rabu, 2 November 2016

Interferon: Siren dalam badan

Siren Interferon

Pernah dengar perkataan interferon sebelum ini?

Kami pun tahu selepas sertai kelas yang dianjur oleh Shaklee. Rupanya dalam badan kita ada siren yang memaklumkan kehadiran bendasing yang boleh merosakkan badan. Itulah yang dipanggil interferon.

Interferon ialah protein yang dirembeskan oleh sel (manusia dan haiwan) sebagai tindakbalas kepada kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit dan sel tumor.

Interferon ialah pelindung peringkat kedua dalam badan kita. Kita akan bincang bab peringkat ini di post yang lain.

Bagaimana interferon bertindak?
Jika hendak dibincang secara biologi sudah tentu agak complicated bagi bacaan ringan-ringan macam ni. Kita bincang secara ringkas.

Selasa, 1 November 2016

PROMOSI November 2016


Alhamdulillah kita telah masuk bulan November 2016. Dua bulan lagi menuju ke tahun baru 2017. Sudah masanya untuk kita merancang aktiviti tahun hadapan. 

Untuk bulan ini Shaklee menawarkan 4 produk dengan 6 PROMOSI untuk dimiliki. Jom kita tengok satu persatu.