Jumaat, 30 Disember 2016

MLM yang menjadi fitnah


Baru-baru ini sempat beraksi futsal bersama sahabat lama alumni Al-Mashoor (L) di Mak Mandin baru-baru ni. Semua set-set pencen bola dah. Lepas main seperti biasa lepak kedai dahulu dalam mengeratkan ukhwah sesama kami.

Di sini baru dapat tahu rupanya ramai kawan-kawan saya menjadi mangsa penipuan MLM. Perkara berlaku ketikamana usia kami awal 20-an (lebih 10 tahun lepas tu). Penipuan yang dilakukan oleh kawan sekolah kami juga.


Sepanjang mengenali dan terlibat dengan MLM ada beberapa method yang saya dapati yang berakhir tidak seperti yang dikehendaki. 

1. Tak sentuh produk
Pernah saya diajak sertai satu MLM di mana produknya ialah jus  minuman. Apabila hadir sessi perbentangan langsung tak disebut langsung tentang produk. Hanya dicerita bonus-bonus yang akan perolehi. 

Isnin, 12 Disember 2016

Salam Maulidul Rasul

Maulidul Rasul

Tanggal 12 Rabiul Awwal tahun gajah, hari Isnin ialah hari istimewa bagi umat Islam. Pada tarikh inilah lahirnya Rasul yang menjadi penutup para Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan di kota Mekah. 

Meskipun ada khilaf di kalangan ulama' tentang tarikh ini namun di negara kita telah digazetkan tarikh ini ialah tarikh meraikan maulidul Rasul. Pada tarikh inilah diadakan perarakan dan sambutan maulidul Rasul.

Antara perkara yang penting yang perlu kita sebagai umat Rasulullah SAW lakukan ialah mengetahui, memahami, mengamalkan dan menghayati apa yang dibawa oleh junjugan Nabi kita.

Rasulullah SAW yang telah diberi mukjizat Al-Quran. 4 perkara asas yang dibawa oleh Rasulullah SAW daripada Al-Quran iaitu:
  1. Beriman kepada Allah SWT.
  2. Beriman kepada hari akhirat.
  3. Bertqwa kepada Allah SWT.
  4. Rahmat keadilan Islam untuk semua manusia.
Di sini kami ingin mengucapkan selamat menyambut maulidul Rasul 1438H. Marilah bersama-sama kita tingkatkan ilmu mengenali Rasulullah SAW dan mencintai Baginda SAW.

Oh Sihat!

Khamis, 8 Disember 2016

Tidur sebelum bermusafir

Tidur sebelum bermusafir

Musim cuti hujung tahun semakin hampir. Cuti sekolah juga sudah bermula. Ke mana perancangan anda cuti kali ini?

Seperti biasa, banyak pergerakkan akan berlaku di lebuh raya pada musim ini. Ini boleh menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang lebuh raya. Dalam menghadapi cabaran ini, ada pula pemandu yang akan memandu mengikut ego mereka tanpa memikirkan keadaan pemandu lain. Keadaan akan lebih parah sekiranya berlaku kemalangan dalam perjalanan.

Persediaan fizikal dan mental amat diperlukan untuk menghadapi perjalanan sebegini. Antara persediaan yang penting yang mesti diambil kira sebelum musafir ialah tidur. Ini kerana tidur merupakan antara punca berlakunya kemalangan di lebuh raya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara punca rakyat Malaysia kurang tidur pada masa kini disebabkan oleh kelekaan pada telefon bimbit dan online. Menurut presiden CAP, SM Mohamed Idris, rakyat Malaysia hanya mendapat tidur 6.4 jam daripada 8 jam yang disarankan.

Isnin, 5 Disember 2016

Kenapa lapar?

Lapar

Alhamdulillah, hari ini hari Isnin pertama bagi bulan Disember 2016 dan Rabiul Awwal 1437 hijrah. Semoga kita membuat persediaan yang rapi dan tersusun dalam menghadapi tahun baru 2017 pada bulan hadapan.

Apabila menyebut hari Isnin, sudah tentu kita biasa dengan puasa sunat hari Isnin. Kita digalakkan untuk berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari dalam sebulan. Apabila sebut tentang puasa, tentu kita akan teringatkan lapar.

Persolannya, kenapa kita lapar?

Ada 2 sebab yang menjadikan kita lapar: 
  1. Perut kosong. 
  2. Kekurangan gula dalam darah.
Proses ini melibatkan penghasilan hormon yang dihantar ke otak untuk memberitahu kita adakah kita lapar atau sudah kenyang.

Ahad, 4 Disember 2016

3 Barisan Pertahanan Semulajadi Tubuh


Sistem pertahanan tubuh ialah mekanisme tubuh untuk melawan bendasing yang masuk ke dalam tubuh kita. Apabila benda asing yang dikenali sebagai ANTIGEN memasuki tubuh, sistem pertahanan semulajadi kita akan bertindak balas ibarat barisan tentera yang melindungi dan mematahkan serangan musuh luar.

Barisan #1

Adakah kita sedar ada rembesan mukus dan bulu halus dalam hidung kita? 

Kedua-dua ini berfungsi sebagai pelindung dengan menapis dan menyerap bahan tercemar daripada udara semasa kita bernafas. Rembesan mukus dan kahak menyerap bahan tercemar ini dan menyingkirkannya dari saluran pernafasan.

Ini adalah contoh barisan pertama sistem pertahanan tubuh kita bekerja.

Adalah penting untuk memiliki sel-sel tubuh yang kuat dan sihat terutamanya bagi 
organ terbesar yang paling terdedah kepada persekitaran luar iaitu kulit. Bagi mengekalkan kesihatan kulit yang baik, keperluan nutriennya perlu diberi perhatian. 

Sabtu, 3 Disember 2016

Next Level of Blogging


Oh Sihat!

Untuk pengetahuan kami sedang membaiki cara berblogging dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan sebelum ni ikut dan je nak letak apa dalam blog ini. Alhamdulillah kami bertemu dengan seorang mentor yang mahir dalam blog. 

Terima kasih yang teramat kepada up uper line kami Master Arnie dan Master Yazid (http://genkimomma.my) yang telah membantu kami untuk sertai kumpulan membuat blog yang mentornya Saudara Eizil (http://www.eizil.com) antara penulis dalam denaihati.com.

Sekiranya perasan terdapat 2 penulis dalam blog ini iaitu Aisyah Khazali (Aisyaturradhiah Khazali) dan Abu Raudhah Al-Bayani (Farhan Yusri). Bagi yang tak friend lagi dalam Facebook boleh la kita bersahabat di sana.

Kemungkinan masih banyak kekurangan dalam mengejar mereka yang dah lama kuasai pemasaran melalui blog. Apa yang nampak kekurangan harap dapat maklum kepada kami. 

Terima kasih kerana menyokong kami selama ini.

Jom hidup sihat.

Oh Sihat!
Aisyah 019-6954491
Farhan 013-4353789

https://www.facebook.com/OhSihatdotcom
IG: ohsihatdotcom

Jumaat, 2 Disember 2016

Promosi Disember 2016


Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan terakhir dalam tahun ini, iaitu bulan Disember. Bagi umat Islam tarikh dalam bulan Disember sama dengan tarikh bulan Rabiul Awwal, bulan ke-3 dalam kalendar hijrah.


Sudahkah anda bersedia dengan azam tahun baru 2017?

Sebelum itu mari kita lihat promosi Shaklee pada bulan ini.

Khamis, 1 Disember 2016

Pertemuan Business Leader Shaklee


Perjalanan kami ke Shaklee branch petang Selasa lalu terasa agak panjang, tiba dalam beberapa minit sebelum jam 7 malam. Tapi suasana masih meriah mungkin juga sebab malam ini staff akan meneruskan tugas dalam Business Leader Meeting. 

Sementara menanti giliran, suami yang berpuasa sunat berbuka dengan secawan air dari Get Clean Water filter. Selesai urusan di kaunter barulah kami ke kedai makan berhampiran mengisi perut seterusnya menunaikan solat Maghrib.

Bertemu Masters
Walaupun hampir setiap bulan kami menghadiri Health & Wellness Talk dan Shaklee Monthly Sharing, ini adalah kali pertama kami menghadiri pertemuan Business Leader seperti ini. Kehadiran peserta lebih ramai dan berpeluang bertemu beberapa orang Masters yang hadir.