Khamis, 15 Jun 2017

Projek buru pahala lailatul qadar


Lailatul qadar tahun ini dijangka jatuh pada... Maaf, kami bukan ahli peramal.

Nak ajak sahabat sekalian memburu pahala 10 malam terakhir bermula malam ini.

Cadangan; setiap malam beri sumbangan/wakaf RM10 sehingga habis Ramadhan.

InshaAllah mesti kena satu malam di mana pahala derma kita akan peroleh seolah-olah kita derma selama 83 tahun. Pahala sumbangan itu kita tak dapat lihat sekarang, tapi percayalah akan cukup bermanfaat kepada kita di akhirat kelak.

InshaAllah di sini kami menjadi wakil untuk kutipan wakaf Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Darul Hadis dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU). Kedua-duanya sekolah agama yang beroperasi di Pulau Pinang.

SRITI:
RM10/kupon

SRIBU:
Wakaf tanah: RM20/kaki
Wakaf bangunan fasa 2: tiada limit

Sumbangan boleh melalui cash atau bank-in kepada kami. Sekiranya dibank-in kami akan hantar kupon/gambar kepada yang mewakaf.

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Oh Sihat!
Aisyah 019-6954491
Farhan 013-4353789


https://www.facebook.com/OhSihatdotcom
IG: ohsihatdotcom