Isnin, 9 Oktober 2017

Omega 3 dan jantung


Omega 3 amat penting kepada kita dalam mengurangkan risiko mendapat masalah penyakit jantung koronari iaitu pembunuh pertama di Malaysia. Omega 3 berperanan dalam mencegah pembentukan plak arteriosklerosis pada saluran darah yang menjadi punca masalah jantung koronari.

Omega 3 mula menjadi perhatian apabila para saintis mendapati orang-orang Eskimo kurang mendapat masalah jantung berbanding di Eropah dan Amerika meskipun kurang makan sayur-sayuran. Begitu juga di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranian. Ketiga-tiga tempat ini mempunyai persamaan dari sudut pemakanan iaitu banyak makan makanan dari lautan.

Omega 3 terdiri daripada 3 asid lemak utama:
1. Eicosa Palanoic Acid (EPA).
2. Decosa Hexanoic Acid (DHA).
3. Alpha Linolenic Acid (ALA).


Ciri-ciri yang bermanfaat kepada kita yang terdapat pada Omega 3 ialah:
1. Sejenis minyak tak tepu.
2. Anti keradangan.
3. Mencegah pembentukan plak arteriosklerosis pada saluran jantung.
4. Mengawal paras kolesterol dalam badan.
5. Meningkatkan kolesterol 'baik' HDL dalam badan.

Sumber Omega 3:
1. Ikan.
2. Makanan laut.
3. Minyak masak seperti canola, minyak flaxseed dan minyak kelapa sawit.
4. Kacang walnut.
5. Susu.
6. Telur.
7. Suplemen.

Kelebihan Omega 3 kepada jantung kita:

  1. Menyihatkan jantung.
  2. Mengurangkan risiko penyakit kolonari jantung. Pada 8/9/2004, USFDA telah keluarkan kenyataan Omega 3 dapat mengurangkan penyakit ini.
  3. Mengurangkan risiko kematian disebabkan jantung.
  4. Mengurangkan risiko ketidakstabilan denyutan jantung.
  5. Mengurangkan angina (sakit dada) pada pesakit jantung.
  6. Mengurangkan risiko serangan jantung kali ke-2.

Amat digalakkan kepada mereka yang mengalami masalah jantung dan mereka yang ingin menjaga jantung agar sentiasa mengambil Omega-3 dalam menu pemakanan seharian.


Oh Sihat!
https://www.facebook.com/OhSihatdotcom

IG: ohsihatdotcom